Produk dan servis halal semakin mendapat permintaan dalam pasaran di dalam dan luar Malaysia. Permintaan ini bukan tertakluk pada industri makanan sahaja, malah kosmetik, kimia, pembuatan dan farmaseutikal. Impaknya, maka makin banyaklah permintaan bagi latihan-latihan berkaitan halal dari industri kecil dan sederhana (SME) serta syarikat gergasi di Malaysia. Disebabkan isu halal merupakan isu kritikal di Malaysia, ianya diselia secara teliti dan ketat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara latihan yang dikawal oleh JAKIM dengan teliti termasuklah latihan eksekutif halal dan kursus auditor auditor halal. Di Kuala Lumpur dan Selangor, terdapat beberapa penyedia latihan halal berdaftar yang disediakan oleh syarikat di bawah universiti termasuklah UIAM.

 

Penyedia latihan di bawah universiti kebiasaannya menyediakan latihan sijil professional dan kursus jangka pendek. Latihan-latihan yang disediakan bersifat upskilling dan mendapat sambutan dari syarikat bagi menaiktaraf kemahiran staf sedia ada. Akan tetapi bagi kursus eksekutif halal, hanya penyedia latihan halal berdaftar dengan JAKIM sahaja dibenarkan memberikan kursus khusus dari JAKIM.

 

Penyedia Latihan Halal berdaftar taraf universiti di Kuala Lumpur dan Selangor

 

  1. International Institute for Halal Research and Training (INHART), International Islamic Universiti Malaysia
  2. University Malaya Halal Research Centre (UMHRC) Universiti Malaya
  3. Center for Halal Research, Training & Consultancy (HaRT) Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UITM Shah Alam
  4. Malaysia Institute of Transport (MITRANS) UiTM Shah Alam
  5. UNIPEQ Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
  6. Halal Science Centre, Faculty of Pharmacy, Cyberjaya University of Medical Sciences Halal Science Centre (CUCMS)
  7. International Centre for Halal Studies (ICHLAS) Management & Science University Shah Alam
  8. Halal Products Research Institute, Universiti Putra Malaysia

 

Rujukan: List of Registered Halal Training Provider, JAKIM

 

IIUM Consultancy and Innovation (ICI) kini menjalin kerjasama strategik bersama INHART IIUM dan menawarkan kursus halal kepada peserta awam dan syarikat. Selain itu, ICI yang bertaraf penyedia latihan berdaftar HRD membolehkan peserta menyertai kursus latihan yang diiktiraf Human Resource Development Corporation (HRD). Ini memudahkan syarikat bagi memberikan latihan berkaitan kepada pekerja menggunakan levi HRD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *