Selamat Hari Raya Aidilfitri🌙

اللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ،
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ،
اللّٰهُ أَكْبَرُ وَلِلّٰهِ الْحَمْدُ

Dengan penuh kesyukuran, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua serta keluarga tercinta. Semoga kehadiran Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, ketenangan jiwa dan keberkatan yang berpanjangan.

Pada kesempatan ini, saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan, sama ada yang disengajakan mahupun tidak, zahir dan batin, serta mendoakan agar ukhuwah terus diperkukuh dan silaturahim sentiasa mekar.

Marilah kita mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan dan berusaha menjadi insan yang lebih baik dengan hati yang bersih dan penuh keikhlasan, semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

1 Syawal 1447H | 21 Mac 2026

Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Ikhlas daripada,
Dato’ Wan Jusaini Rizal Bin Wan Nasruddin
Ketua Pegawai Eksekutif
IIUM Consultancy and Innovation Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *