Pada 27 Januari 2026, telah berlangsung Sesi Serahan Dokumen Kolaborasi bersama Politeknik Sultan Idris Shah, sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara institusi. Sesi ini turut disempurnakan dengan kehadiran wakil daripada IIUM Consultancy and Innovation Sdn. Bhd., iaitu YBhg. Dato’ Wan Jusaini bin Wan Nasruddin, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer, CEO), serta Encik Muhammad Nur Azraei, selaku Head of Consultancy, Academic & Professional Development.
Kami meraikan jalinan kerjasama strategik dalam bidang Kewangan Islam yang memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan industri–akademia serta pembangunan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang kewangan Islam dan kursus jangka pendek. Kerjasama ini merangkumi pelbagai inisiatif akademik dan profesional yang berimpak tinggi.
Inisiatif ini turut dizahirkan melalui Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik bersama PSIS Panel Penasihat Industri bagi Program Diploma Kewangan Islam, serta pelaksanaan program Finishing School dan Value Added Knowledge and Skills kepada pelajar. Dengan penuh penghargaan, semoga kolaborasi strategik ini terus memberi impak positif dalam melahirkan graduan Kewangan Islam yang berdaya saing dan berintegriti.