3 Sept 2025 – Institut Penyelidikan Air Nasional Malaysia atau National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM) telah berbesar hati untuk membuat kunjungan balas ke IIUM Consultancy and Innovation (ICI). Kunjungan balas ini susulan kunjungan korporat sulung Dato’ Wan Jusaini; CEO ICI pada bulan sebelumnya ke pejabat NAHRIM di Seri Kembangan bagi membincangkan potensi kerjasama ICI – NAHRIM.

Dato’ Ir. Dr. Nasehir Khan E.M Yahaya; Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM bersama Dato’ Wan Jusaini Rizal; Ketua Pegawai Eksekutif ICI
Kunjungan yang diadakan di Research Management Centre, UIAM ini dihadiri oleh Dato’ Ir. Dr. Nasehir Khan E.M Yahaya; Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Ts. Dr. Safari selaku pengarah di Pusat Kajian Lembangan Sungai, dan dua pegawai pengiring yang lain. Intipati perbincangan termasuklah kerjasama strategik jangka panjang pengkomersialan, latihan professional, dan mengenal lebih lanjut mengenai struktur perniagaan ICI dan IIUM Holdings serta melihat pada pertumbuhan positif ICI dari segi projek perundingan telah menarik minat NAHRIM untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek-projek sedia ada. NAHRIM turut membentangkan cadangan bagi projek perundingan akan datang.

Melawat galeri UIAM bersama wakil NAHRIM
Usai perbincangan, wakil NAHRIM diiringi Ketua Pegawai ICI; Dato’ Wan Jusaini melihat fasiliti di dalam UIAM serta melawat galeri UIAM. Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai NAHRIM.