ICI Staff Engagement Brisk Walk

Bergambar di tugu IIUM

15 Ogos – ICI telah menganjurkan penglibatan kakitangan atau staff engagement untuk warga IIUM Consultancy and Innovation dengan mengadakan berjalan panjang (brisk walk). Aktiviti ini merangkumi trek sepanjang 2.7KM yang melalui jalan utama di dalam kampus UIAM Gombak dan dianjurkan oleh jabatan Corporate Services ICI. Antara yang turut serta termasuklah ketua pengarah eksekutif ICI; Dato’ Wan Jusaini Rizal, ketua jabatan; Encik Azraei Shahbudin dan 16 staf yang lain.

 

ICI Staff Engagement Brisk Walk
regangan badan oleh ceo
Sesi regangan badan oleh Dato' Wan Jusaini Rizal; Ketua Pegawai Eksekutif ICI

 

Program ini dimulakan dengan ucapan pembukaan dan sesi regangan badan oleh Dato’ Wan Jusaini dan bacaan doa oleh pegawai penyelidik; Encik Hamizan. Sesi ini bermula dari bangunan Research Management Centre dan berakhir di perkarangan yang sama pada 10 pagi. Aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif bagi mengeratkan hubungan antara staf, menerokai keindahan kampus UIAM serta memupuk budaya hidup sihat dalam aktiviti harian. Inisiatif ini diinspirasikan dari aktiviti brisk walk yang dijalankan IIUM Holdings pada awal tahun ini.

 

Brisk Walk ICI 2025

Antara peserta terawal yang sampai ke penamat

Aktiviti staff engagement ICI ini merupakan aktiviti bersama staf yang terbaharu selepas aktiviti boling pada Julai lepas. Mengambil kira respon positif dari staf, ketua Corporate Services; Puan Asyiqin Anibfah telah merancang lebih banyak aktiviti staff engagement sepanjang tahun 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *