TEMERLOH, 6 Mei 2025 – Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 KDPB Sultan Pahang, seramai 46 orang dikurniakan darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur (sesi keempat). Pengurniaan pingat dan darjah kebesaran itu telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh.

 

Turut berangkat sama ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

Sumber: Pahang Media

 

Dalam majlis pengurniaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif IIUM Consultancy and Innovation; Wan Jusaini Rizal bin Che Wan Nasruddin telah menerima Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato’. Turut tersenarai ialah Pengarah Eksekutif Pelita Jujur Sdn Bhd, Dato’ Ir Tan Kok Hin @ Tan Kok Peng; Pengarah Operasi Blackstone Mining Sdn Bhd, Dato’ Tuan Syed Faiza bin Syed Mohamed; Pengarah Eksekutif Berjaya Group Berhad, Dato’ Mohd Ghazali bin Abbas; Pengarah Bahagian Perhubungan Kerajaan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd, Dato’ Tan You Seng; Ketua Pegawai.

 

Dato’ Wan Jusaini Rizal bin Wan Nasruddin

 

Pengurniaan ini bukti pencapaian Dato’ Wan Jusaini Rizal dalam memartabatkan industri kecil dan sederhana terutama dalam sektor pendidikan dan latihan. Sebelum berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ICI, Dato’ Wan Jusaini telah berkhidmat dalam industri kewangan dan perhutanan. Beliau telah memulakan kerjaya dalam industri kewangan bersama SME Bank dan seterusnya berkhidmat sebagai pengarah negeri SME Corp di Johor.

 

Untuk senarai penuh nama penerima penganugerahan, sila klik di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *