IIUM Consultancy and Innovation telah berkesempatan melawat ke Pusat Biousahawan Bioteknologi (CBB), FRIM pada 23 Mac lalu. Sesi lawatan dan perbincangan dihadiri oleh Encik Harris selaku Business Development and Marketing ICI, dan diketuai oleh Dr. Siti Suhaila selaku Pegawai Penyelidik di CBB serta encik Fahmi Ramli; Lead Commercial & Centralised Nursery dari FRIM Incorporated Sdn Bhd. Pusat Biousahawan Bioteknologi FRIM yang melakukan penyelidikan dalaman dan latihan.
Antara intipati perbincangan adalah potensi kerjasama strategik termasuklah penggunaan makmal pertanian berteknologi tinggi, pembekalan pokok herba serta penyediaan kursus latihan khusus bagi perhutanan dan pertanian komersial.
Lawatan ke tapak nurseri FRIM
Berlatarbelakangkan ijazah sarjana muda dalam Bioteknologi pengkhususan marin dan tumbuhan, Encik Harris memandang ini sebagai satu peluang untuk berkongsi idea dan mengembangkan perniagaan dalam bidang perhutanan serta penyelidikan melalui kolaborasi ICI – FRIM. Semasa berkhidmat di FRIM Inc, Dato’ Wan Jusaini; CEO ICI berhasil mengkomersialkan produk berasaskan cucur atap. Produk hasil kajian Dr. Fadzureena; pegawai penyelidikan FRIM ini telah dikomersialkan di bawah nama Curatap. Kejayaan Dato’ Wan Jusaini menjadi antara sebab utama FRIM percaya kolaborasi ini bakal memberi impak positif dalam industri ini.
Nurseri CBB FRIM yang menempatkan ratusan anak pokok dari pelbagai baka
Usai perbincangan, ICI dibawa untuk melawat fasiliti seperti makmal penyelidikan untuk tanaman herba dan komersial, nurseri dan rumah kaca. Nurseri ini menempatkan ratusan jenis pokok komersial dari pelbagai baka seperti kacip fatimah dan cucur atap. Lebih dari 6 unit rumah kaca turut dibina bagi menempatkan anak pokok bagi proses buffering dan penjagaan rapi.