IIUM Consultancy and Innovation (ICI) telah berkesempatan untuk berdialog dan membincangkan hasil kajian dan inovasi produk dari penyelidik UIAM di kampus Gombak dan Kuantan. Dari tahun 2023 lagi, UIAM telah mengambil langkah proaktif untuk membawa inovasi hasil kajian penyelidik ke arah pengkomersialan. Langkah ini disambut baik oleh Technology Transfer Office (TTO) UIAM dan ICI, serta bermula tahun 2024, pelbagai inisiatif telah dijalankan. Antaranya termasuklah bengkel pengkomersialan, sesi perbincangan antara penyelidik dan wakil TTO serta ICI, dan sesi perkongsian dari agensi termasuklah Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dan Forest Research Institute Malaysia (FRIM). Antara input yang diperolehi termasuklah pengenalan komersialan dan perlesenan hak intelek atau “Intellectual Property”

 

Prof. Dr. Abdullah Al-Mamun bersama Wan Jusaini Rizal; Ketua Pegawai Eksekutif ICI

 

Antara metrik yang diambilkira dalam proses “screening” termasuklah:

  1. Technology Readiness Level (TRL)
  2. Scoring kebolehpasaran produk (marketability)
  3. Scoring kebolehhasilsemula (replicating) produk
  4. Scoring kebolehskalaan (scalability)
  5. Scoring kebolehsuaian (customization)

 

Metrik ini membantu dalam memberi input dalam penilaian sesuatu kajian atau produk yang dihasilkan sebelum dibawa ke pasaran. Sebelum ini, antara inovasi produk UIAM yang telah berjaya dikomersialkan adalah iGesic dari IKOP Pharma dan Bromme Cream Cheese ciptaan Prof. Dr. Azura. Produk-produk seperti iGesic dan iSalic terbukti mempunyai permintaan dari pengguna dan kini boleh didapati di farmasi dan klinik tempatan.

 

ointment for relief from ache and sore

iGesic keluaran IKOP Pharma kini boleh didapati di Shopee, Lazada dan website IKOP Pharma

 

Sehingga kini, ICI dengan bantuan TTO telah berjaya mengenalpasti lebih dari 70 inovasi dari penyelidik UIAM. Terdapat hampir 20 hasil kajian yang telah mendapat hak cipta Malaysia dari pelbagai Kulliyyah di kampus Gombak dan Kuantan. Pada 2025, ICI telah aktif untuk berbincang dengan penyelidik UIAM untuk mengkomersialkan produk ke industri. Antara produk berpotensi tinggi termasuklah kaedah penghasilan koagulan dari Prof. Dr. Abdullah dan formulasi bahan pemutihan kulit dari Dr. Hazrina. Dengan langkah proaktif dan strategik, ICI mensasarkan untuk mengkomersialkan 5 produk inovatif UIAM pada tahun 2025.

 

Dr. Hazrina dari Kulliyyah of Pharmacy bergambar bersama Wan Jusaini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *