16 Jan 2025 – IIUM Consultancy and Innovation telah menerima kunjungan korporat dari High Commission of the Republic of Singapore bagi membincangkan mengenai kursus pemerkasaan Bahasa melayu untuk pegawai di kedutaan Singapura di Malaysia.

 

 

Kunjungan dari High Commision of the Republic of Singapore dihadiri oleh pegawai kaunselor; encik Sharmeel Adam Rajaratna, Cik Leong Jin Qian dan Cik Khoo Kim Kee dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif ICI; Encik Wan Jusaini Rizal, Encik Azraei dan dua orang lagi pegawai ICI. Tujuan kunjungan termasuklah membincangkan perancangan bagi menyediakan kursus pemerkasaan Bahasa Melayu bagi pegawai di pejabat diplomatik Singapura di Malaysia. Selain itu, mereka juga dibawa untuk melihat fasiliti pengajian di UIAM termasuklah Graduate School of Management dan Galeri UIAM.

 

Sebelum ini, Kursus Pemerkasaan Bahasa Melayu bagi Pejabat Diplomatik Singapura telah dijalankan dari 2017 – 2019 yang disertai oleh pegawai berketurunan Brunei, Singapura dan Indonesia yang berkhidmat di Pejabat Diplomatik Singapura. Dengan maklumbalas positif diterima dan dilihat mampu menjadi satu “added value” telah menarik minat untuk membawa semula kursus ini bagi tahun 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *