Wan Jusaini Rizal dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Baharu ICI

 

Julai lalu, Wan Jusaini Rizal Wan Nasruddin telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif baharu IIUM Consultancy and Innovation Sdn Bhd. Sebelumnya, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif untuk FRIM Incorporated Sdn Bhd; sebuah syarikat di bawah Forest Research Institute Malaysia. Melihat kejayaan mengkomersialkan produk FRIM Inc, menjadi faktor utama beliau dilamar IIUM Holdings sebagai CEO baharu ICISB.

 

Pendidikan Membentuk Peribadi

Beliau mendapat pendidikan rendah di Selayang sebelum menyambungkan Pelajaran ke Bangkok Patana School pada tahun 80-an. Hasil berasimilasi selama beberapa tahun sebagai expat di negeri gajah putih membolehkan beliau fasih berbahasa siam juga. Wan Jus juga berjaya menamatkan pengajian di Maktab Tentera Diraja (RMC), sebuah maktab yang terkenal dengan sosok alumni berprofil tinggi. Antaranya termasuklah YB Syed Saddiq dan YB Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof. Di peringkat pengajian tinggi, Wan Jusaini berjaya mendapat ijazah dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sebagai alumni terawal di sana.

 

Kerjaya dan Pengalaman Profesional

Berpengalaman 20 tahun dalam sektor perbankan dan kewangan, Wan Jusaini pernah berkhidmat di Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad. Beliau kemudiannya melebarkan sayap ke bahagian pengurusan SME Bank Malaysia. Berbekalkan portfolio bernilai hampir RM1 bilion dan kejayaan beliau menjayakan projek-projek berprestasi tinggi dalam dan luar negara, Wan Jus berjaya memancing kolaborasi strategik melibatkan kementerian dan juga bank-bank serata Malaysia. Kejayaan demi kejayaan dan inisiatif diambil Wan Jus membuahkan hasil sehingga beliau dilantik selaku Pengarah Daerah Johor berpangkalan di Johor Bahru dan Ketua Unit Inovasi dan Teknologi serta Ketua Unit Penilai Pasaran dan Kemudahan Perdagangan. Yakin dengan kemampuan beliau dalam strategi komersial, menambat hati FRIM Incorporated untuk meminang Wan Jus selaku Ketua Pegawai Eksekutif di mana beliau berkhidmat selama 3 tahun dalam membangunkan perniagaan dalam bidang komersial, perundingan dan latihan.

 

IIUM Holdings Open Day 2024

Wan Jusaini bersama GM Daya Bersih, wakil Celcom Malaysia dan Chairman IIUM Holdings

 

Bagai bulan jatuh ke riba, Wan Jus berjaya ditambat hatinya untuk membesarkan jajahan kejayaan ke ICI bermula Julai 2024. Diberi kepercayaan untuk menerajui misi “Double in Four” menjelang 2026, Wan Jus diyakini berkemampuan mengetuai ICI sebagai firma perundingan dan latihan yang dikenali di Malaysia dan menjadi salah satu anak syarikat IIUM Holdings yang berprestasi tinggi. ICI juga dijangka berkebolehan mengkomersialkan produk-produk inovasi UIAM sebagai salah satu cabang perniagaan baharu mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *