Dari kiri - Dato’ Ahmad Nadzarudin bin Abdul Razak, Dato’ Sri (Dr) Syed Hussien; Group CEO IIUM Holdings, Member of the Board of Governors IIUM, Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati binti Osman; Chairman of IIUM Holdings, Muhammad Nur Azraei bin Shahbudin; Acting CEO ICISB

 

Pada 26 April yang lalu, IIUM Holdings telah mengadakan Sambutan Hari Raya bertemakan “Sekalung Kasih Seikhlas Budi”. Dalam majlis yang sama, IIUM Consultancy and Innovation telah mengadakan pelancaran khas bagi program Pensijilan Profesional Mengkhatam al-Quran secara Talaqi Bersanad, Tahriri dan Mentashih 30 Juz al-Quran atau Program 3T al-Quran bagi tahun 2024 di Banquet Hall, Muhammad Abdul-Rauf Building IIUM.

 

Program 3T al-Quran adalah program pengajian al-Quran bersistem dan mempunyai 3 kaedah utama iaitu talaqi bersanad, tahriri (menulis) dan tashih. Program ini berkonsepkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan sejak dilancarkan pada 2017, seramai 600 pelajar telah menerima tajaan korporat. Antara penerima tajaan termasuklah dari MRSM, SBPi dan Sekolah Menengah Sains.

 

 Perasmian dan tanda tangan oleh Dato Dato’ Sri (Dr) Syed Hussien

 

Majlis pelancaran berupa upacara tandatangan ke atas jilid al-Quran khas telah dirasmikan oleh Dato Dato’ Sri (Dr) Syed Hussien, Member of the Board of Governors IIUM. Ia turut ditandangani oleh Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati, Dato’ Ahmad Nadzarudin;  dan Muhammad Nur Azraei selaku Acting CEO ICISB. Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh delegasi Istimewa seperti wakil IIUM, Shopee Malaysia, KK Mart dan pempengaruh terkenal; Ayana Moon.

 

Bagi tahun 2024, ICI akan membuka penyertaan Program Pensijilan ini kepada awam dan juga tajaan korporat. Klik di sini untuk tahu lebih lanjut mengenai program pensijilan 3T al-Quran.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *