Seramai 395,870 calon SPM telah mengambil SPM di 3,340 pusat peperiksaan seluruh Malaysia pada tahun 2023. Dan ini bermakna, terdapat 395,870 keputusan baharu yang terpaksa dibuat bagi meneruskan pelajaran di peringkat tinggi. Adakah anda juga buntu untuk sambung belajar selepas SPM? Selain faktor permintaan pasaran (market demand), status MQA dan kerja gig, semestinya menambah kebuntuan di kalangan lepasan SPM.

 

Pilihan Belajar Selepas SPM

 

Matrikulasi – Matrikulasi atau pusat asasi merupakan salah satu pilihan popular selepas SPM dan mereka menyediakan tiga bidang pengkhususan utama iaitu sains hayat, sains fizikal dan juga perakaunan. Selesai matrikulasi, pelajar akan sambung terus ke peringkat sarjana muda di universiti. UIAM menawarkan kursus asasi dan pelajar boleh terus sambung ke peringkat sarjana muda di UIAM selepas selesai asasi di pusat asasi UIAM.

 

Diploma – Diploma merupakan sijil bagi mereka yang tidak sambung di peringkat asasi atau matrikulasi. Kebiasaannya, diploma mengambil masa 3 tahun untuk tamat, dan pelajar akan melakukan praktikal di syarikat bagi melengkapkan diploma. Kolej Islam Antarabangsa turut menawarkan kursus diploma bagi lepasan SPM termasuklah diploma dalam sains komputer dan al-Syariah al-Islamiah. Klik sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai program diploma ditawarkan kolej UIAM.

 

Sarjana Muda – Pelajar boleh menyambung ke peringkat sarjana muda selepas selesai mengambil matrikulasi atau diploma. Tidak semua kursus sarjana muda mempunyai kepujian (honours), dan tidak semua mewajibkan pelajar untuk membuat praktikal bagi melengkapkan pembelajaran mereka. Bidang pendidikan menjadi salah satu kursus popular dan terdapat graduan-graduan dari pelbagai cabang pendidikan sama ada bidang sains, matematik dan pengajian Islam. IIUM Consultancy and Innovation (dahulunya dikenali sebagai ICCE) menawarkan beberapa kursus pendidikan di bawah Kulliyyah of Education UIAM seperti:

  1. Bachelor of Education (Teaching English as Second Language);
  2. Bachelor of Education (Teaching Arabic as Second Language);
  3. Bachelor of Education (Guidance and Counseling);
  4. Bachelor of Education (Islamic Education).

 

IIUM Consultancy and Innovation di bangunan Research Management Centre (RMC)

 

TVET – TVET atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional merupakan salah satu cabang yang makin popular di kalangan pelajar Malaysia, dan mereka boleh menyambung selepas selesai PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia bertujuan melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang tertentu. Antara institusi yang menawarkan TVET termasuklah di Kolej Islam Antarabangsa (IIC).

Kursus ODL (open  & distance learning) yang ditawarkan Kolej Islam IIUM

 

Menyambung pelajaran tertiari semestinya satu pilihan yang sukar bagi lepasan SPM. Insyallah, dengan roadmap disediakan dan konsultansi berkaitan kerjaya pasti memudahkan anda membuat keputusan! Ingin tahu pula apa hala tuju menuju ke kerjaya idaman anda? Nantikan di posting akan datang!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *