Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!

 

Alhamdulillah umat Islam di Malaysia dipanjangkan umur dan dapat bertemu 1 Ramadhan 1445 H atau 12 Mac 2024. Ramadhan merupakan satu bulan yang dikurniakan rahmat yang luas dari Allah, dan di dalamnya terdapat keberkatan dan keampunan. Sama seperti ibadah-ibadah lain di dalam Islam, terdapat beberapa rukun puasa di bulan Ramadhan. Antara hadith yang menerangkan keberkatan dan rahmat di bulan Ramadhan termasuklah:

1. Hadith riwayat Ahmad

 

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌمُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلًّ فَيْهَ الشَّيَاطَيْنُ فَيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ ألْفِ شَهْرٍ

Artinya: “Telah datang Bulan Ramadhan, bulan penuh berkah, maka Allah mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para setan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan.”

2. Hadith riwayat muslim

 

اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَاُن إلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاةٌ مَا بَيْنَهُنَّ إذَاجْتَنَبَ اْلكَبَائِرَ

Artinya: “Jarak antara solat lima waktu, solat jumaat dengan jumaat berikutnya dan puasa Ramadhan dengan Ramadhan berikutnya merupakan penebus dosa-­dosa yang ada diantaranya, apabila tidak melakukan dosa besar.”

Bulan Ramadhan sinonim dengan ibadah yang dinyatakan dalam rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Syariat ini turut dinyatakan di dalam al-Quran, firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183:

 

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ

Artinya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

 

3 Rukun Puasa di bulan Ramadhan

Seperti dinyatakan, ibadah puasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam yang ketiga. Terdapat tiga rukun puasa di bulan Ramadhan iaitu:

1. Orang yang berpuasa

  • Seseorang yang berpuasa hendaklah muslim, berakal, baligh, mampu, dan bersih daripada haid dan nifas.
  • Tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak yang belum baligh
  • Tidak sah puasa bagi orang yang bukan Islam
  • Bagi mereka yang tidak mampu berpuasa dan dikhuatiri dapat memudharatkan seperti orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan sembuh, maka tidak diwajibkan berpuasa. Akan tetapi diwajibkan membayar fidyah.
  • Tidak sah puasa bagi perempuan yang datang haid atau keluar nifas.
  • Harus bagi mereka yang bermusafir dan juga bagi mereka yang sakit, mengandung atau menyusukan anak dan dikhuatiri boleh mendatangkan mudarat jika berpuasa. Mereka haruslah menggantikan selepas bulan Ramadhan kelak.

 

2. Niat

  • Wajib berniat bagi menunaikan puasa sama ada puasa Ramadhan atau sunat
  • Niat hendaklah dilakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan.
  • Ketika berniat, wajib menentukan jenis puasa. Niat puasa ramadhan adalah:

 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

 

3. Meninggalkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa

  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka sama ada dengan sengaja atau tidak
  • Muntah dengan sengaja
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Jimak
  • Murtad
  • Gila atau pengsan
  • Menukar niat

 

Bertemakan “Berkongsi Kasih Ramadhan”, IIUM Consultancy and Innovation (ICI) akan berkongsi pelbagai perkongsian berkaitan Ramadhan SETIAP HARI SELAMA SEBULAN! Ikuti media sosial ICI di Facebook, LinkedIn dan Instagram untuk ketahui semua info, content menarik serta program dan promosi terkini dari ICI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *