spectrum-international-school

 

Tahun 2024, IIUM Consultancy and Innovation mempunyai misi untuk melebarkan kolaborasi antara syarikat dan institusi dalam dan luar negara. Selain menawarkan khidmat konsultansi, ICI turut dikenali dengan khidmat latihan profesional dan cabang baharu iaitu pengkomersialan produk dan servis profesional. Tahun ini, ICI menerima lawatan korporat dari SIS dan cenderung pada potensi kerjasama antara ICI dan Spectrum International School.

 

spectrum-international-school

 

Spectrum International School merupakan institusi persekolahan yang menawarkan pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan primary serta secondary. Datin Sharifah Nazirah; pengarah hubungan korporat menerangkan SIS merupakan institusi pendidikan yang menerapkan pendidikan islamik dalam silibus mereka. Eksekutif komunikasi korporat mereka; Nurul Izzah menambah bahawa mereka kini mempunyai dua cawangan iaitu di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Menariknya lagi, SIS merupakan institusi pendidikan yang menggunakan Cambridge Assestment dan mempunyai status sebagai Google Certified Educator. Datin Sharifah berminat pada program-program ditawarkan ICI antaranya Program 3T Al-Quran dan Excel serta ingin bincang kolaborasi di masa hadapan. Program 3T Alquran atau pensijilan professional Mengkhatam Al-Quran secara Talaqi bersanad, Tahriri dan Tashih 30 Juz al-Quran dilihat unik dan boleh diperkenalkan pada pelajar SIS.

 

Dinobat tempat ketiga sebagai Best Shariah Advisory Firm atas kerjasama dengan IIiBF pada IFN Award 2023, ICI berhasrat menjalin lebih banyak kerjasama strategik dengan institusi dan agensi tempatan dan luar negara. IIUM Consultancy and Innovation juga akan membawa aspirasi IIUM untuk membawa program akademik ke pasaran antarabangsa seperti negara Balkan dan Rusia.

 

Untuk ketahui program dan info mengenai projek, ICI boleh didapati di semua media sosial ICI termasuklah Facebook, Instagram dan LinkedIn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *