Pasaran halal dunia kini telah berkembang dan tidak lagi tertumpu pada produk makanan dan kecantikan sahaja. Antara sektor yang menyumbang dalam pertumbuhan halal Malaysia termasuklah sektor makanan dan minuman, bahan halal, kosmetik dan penjagaan diri, derivatif minyak sawit, kimia industri dan farmaseutikal. Ini secara tidak langsung membuka peluang-peluang kerjaya dalam industri ini termasuklah eksekutif halal dan auditor halal. Apakah konteks kerjaya Eksekutif Halal di Malaysia dan apakah peranan mereka dalam industri halal?
Sejarah Eksekutif Halal di Malaysia
Mungkin ramai yang tidak sedar, sebenarnya kerjaya eksekutif Halal atau Halal Executive telah diperkenalkan sejak tahun 2004 lagi. Namun, tugas ini merupakan tugas sandaran dan boleh digalas oleh mana-mana pekerja dalam organisasi atau syarikat. Akan tetapi, situasi berubah selepas Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) diperkenalkan pada 2014 dan menjadi standard baharu bagi kerjaya eksekutif halal di Malaysia.
Tanggungjawab dan Tugas Eksekutif Halal
Seiring dengan jawatan Eksekutif Halal, terdapat beberapa tanggungjawab utama mereka di dalam syarikat termasuklah:
- Membangunkan dan melaksanakan dasar serta prosedur pematuhan halal dalam syarikat
- Memastikan bahan dan proses pemprosesan digunakan mematuhi piawaian dan sistem jaminan halal
Antara tugas-tugas Eksekutif Halal termasuk dan tidak terhad kepada:
- Pemantauan dan pematuhan berterusan piawaian halal
- Pemantauan perubahan piawaian halal
- Pengurusan permohonan dan pemerolehan pensijilan halal bagi produk dan perkhidmatan syarikat
- Latihan Kesedaran Halal atau Halal Awareness Training
Tanggungjawab dan tugas Halal Executive ini sangat penting dalam menyelaras dan memantau sistem jaminan halal (Halal Assurance System/ HAS). Standard yang ditetapkan JAKIM ini membuatkan kerjaya sebagai Eksekutif Halal memerlukan perakauan sendiri dari JAKIM.
Bagi mengetahui lebih lanjut langkah-langkah menjadi Eksekutif Halal, boleh merujuk entri di sini.
IIUM Consultancy and Innovation bersama rakan strategik INHART (International Institute for Halal Research and Training) IIUM menawarkan program Kursus Latihan Eksekutif Halal pada 19 Februari hingga 29 Februari 2024. Hubungi wakil syarikat; Encik Harris (011-27365158) atau Puan Liza (013-3277976) untuk info dan pendaftaran kursus.