Industri halal Malaysia merupakan industri yang lumayan dan ia diunjurkan berkembang kepada RM500.4 bilion pada 2030. Ia kini dilihat sebagai lubuk emas oleh pemain-pemain industri serta pelabur tanpa mengira bangsa dan agama. Trend ini boleh dilihat dengan adanya ramai pengusaha-pengusaha perniagaan bukan muslim yang turut giat mengusahakan perniagaan berasaskan produk halal dan patuh syariah kerana potensi halal yang besar dengan permintaan tinggi di dalam dan luar negara. Antara inisiatif mereka termasuklah mendapatkan pensijilan halal daripada JAKIM dan mempunyai eksekutif halal di dalam organisasi mereka untuk memantau segala aktiviti melibatkan kepatuhan shariah (shariah compliance) serta strategi pemasaran. Tahukah anda, terdapat 3 langkah untuk menjadi eksekutif halal di Malaysia?
.
Eksekutif Halal di Malaysia
Mungkin ramai yang tidak tahu, ekonomi islam global terdiri daripada 7 sektor iaitu perbankan Islam, makanan halal, pakaian, kosmetik, farmaseutikal percutian mesra muslim dan media. Di Malaysia, penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi dipelopori oleh sektor makanan dan minuman dengan nilai eksport mewakili 46.8 peratus daripada jumlah eksport halal di Malaysia. Hal ini secara tidak langsung membuatkan kerjaya sebagai eksekutif halal sebagai salah satu kerjaya in-demand dan boleh diceburi oleh graduan atau mereka yang ingin mengembangkan kerjaya mereka. Ini adalah 3 langkah yang perlu anda lalui jika ingin menjadi eksekutif halal di Malaysia!
.
-
Pengalaman bekerja di dalam industri
Mempunyai pengalaman bekerja di dalam industri sangatlah membantu bagi mereka yang ingin menjadi eksekutif halal terutama bagi organisasi yang memerlukan pematuhan shariah. Tetapi ianya bukanlah syarat wajib dan kerana itu, ia sesuai bagi para graduan yang ingin menceburi atau individu yang ingin membuat upskilling skill dalam kerjaya mereka.
-
Kursus latihan sijil eksekutif Halal
Untuk menjadi eksekutif halal yang bertauliah, mereka hendaklah mengikuti kursus latihan sijil eksekutif Halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Bagi peserta kursus latihan ini, mereka akan melalui latihan 70 jam oleh tenaga pengajar diiktiraf oleh JAKIM dan antara modul pembelajaran termasuklah:
- Halal manual and Record Administration
- Internal Halal Committee
- Halal Quality Assurance
- Halal Certification Process
- Halal Internal Audit Facilitation
-
Kelulusan Latihan
Bagi memastikan graduan latihan kursus ini kompeten, mereka perlu mendapat kelulusan latihan sekurang – kurangnya 50% markah. Terdapat 4 faktor kepada permarkahan iaitu:
- tugasan berkumpulan
- tugasan individu
- ujian
- kedatangan
Bersedia untuk kerjaya sebagai eksekutif halal?
Bagi graduan atau pekerja yang ingin mengetahui lebih lanjut kursus Certified Executive Halal Training oleh kami, sila klik di sini. Untuk lebih senarai pemberi latihan bertauliah oleh JAKIM untuk kursus eksekutif halal di Malaysia, sila klik sini.
Ini baru pertama kali saya tahu memang ada jawatan sebagai seorang eksekutif halal. Perkongsian yang menarik!