PERBEZAAN PEMBIAYAAN ISLAMIK DAN PINJAMAN KONVENSIONAL

 

“Asri, saya baru memohon pinjaman bank untuk sewa beli kereta baru, tetapi saya hairanlah. Katanya untuk pinjaman konvensional, bayaran bulanannya RM350. Manakala untuk pinjaman islamik pula, bayarannya pula RM370. Macam tiada beza pun keduanya! Baik saya ambil pinjaman konvensional, jimat pun jimat!”

 

Mesti ramai yang pernah mengalami situasi sebegini, bukan? Buntu dengan pilihan kadar bayaran balik pinjaman yang ditawarkan, sama ada pinjaman islamik yang patuh syariah atau pinjaman konvensional. Dengan kos hidup yang semakin tinggi, semestinya kadar bayaran balik yang lebih rendah menjadi pilihan untuk bakal peminjam.

 

Perbezaan antara pinjaman konvensional dan pembiayaan islamik

 

Sebenarnya terdapat beberapa perbezaan ketara antara pinjaman konvensional dan pembiayaan islamik, dan ini termasuklah seperti;

  1. Kemudahan yang disediakan
  2. Kontrak iaitu secara pinjaman atau tawarruq/Bai’al-Inah
  3. Jumlah amaun yang perlu dibayar
  4. Pembayaran lewat
  5. Penyelesaian awal

 

Selain itu, sebagai seorang umat Islam, kita tersangatlah dianjurkan untuk menghindari segala urusan yang mempunyai unsur riba dan gharar, sesuai dengan firmah Allah;

 

{ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا}

 

MaksudnyaYang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Surah al-Baqarah (275)

 

Di dalam sistem perbankan di Malaysia, terdapat dua jenis kemudahan pinjaman atau pembiayaan yang disediakan iaitu pinjaman konvensional dan pembiayaan islamik yang patuh syariah. Antara jenis pinjaman atau pembiayaan yang menggunakan kemudahan ini termasuklah di dalam urusan sewa beli (hire purchase) dan pembelian hartanah.

 

“Kenapa nak beli melalui bank? Itu semua RIBA! HARAM! Beli tunai, itu barulah yang Islam nak!”

 

Mungkin masih ramai yang tidak mengerti perbezaan antara pinjaman konvensional dan pembiayaan islamik yang disediakan oleh agensi perbankan di Malaysia. Secara dasarnya, kemudahan pinjaman konvensional adalah berdasarkan faedah (interest) manakala bagi pembiayaan islamik melibatkan akad jual beli yang disusuli dengan pembelian semula oleh penjual pada harga berbeza (tawarruq atau Bai’al-Inah).

 

Pinjaman konvensional menggunakan keuntungan berdasarkan faedah yang terikat pada tempoh yang ditetapkan. Faedah ini juga tidak tetap dan boleh berubah bergantung pada overnight policy rate (OPR) yang akan mempengaruhi kadar pinjaman asas (Base lending rate). Manakala pembiayaan islamik pula berdasarkan keuntungan jual beli dan amaun adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan.

 

 

IIUM Entrepreneurship and Consultancy kini menawarkan Certificate in Islamic Banking and Finance (CIBF) yang menyasarkan kepada institusi perbankan dan graduan jurusan kewangan yang ingin menguasai bidang perbankan Islam.

 

Ditulis oleh: Harris Hamzah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *